free web hosting | website hosting | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
 24 Mac 2003

"If you love someone, let him go. If he comes back, he’s yours. If he doesn’t he was never meant to be."

Percayakah pada kata-kata sebegini?

Pernahkah menyintai seseorang namun nasib tidak menyebelahi?

Pernahkah rasa peritnya cinta yang tidak menjadi?

Bagiku, 1995 adalah yang terindah. Walaupun ku kurang mengingati bagaimana ia bermula, ku merasakan segala-galanya seperti sebuah mimpi indah. Di antara keindahan yang masih jelas diingatan adalah persahabatan kami.

Mungkin aku yang memulakan. Pernah suatu pagi aku terserempak dengannya dalam perjalanan ke sekolah. Semenjak hari itu, aku tidak tahu megapa aku sengaja menaiki bas yang tepat masanya agar dapat ku menemuinya setiap pagi dalam perjalanan. Pabila bertemu, kita berjalan bersama. Bergurau dan ketawa. Perlahan-lahan persahabatan kami menjadi semakin erat. Walaupun kami tidak pernah makan bersama pada waktu rehat, kami tentu akan bertemu setelah tamat waktu belajar. Di kantinlah tempat pertemuan kami. Pada malam hari pula, aku tentu akan menanti ditepi telefon kerana tepat pada pukul sepuluh malam, ia akan berdering dan aku akan dapat mendengar suaranya lagi. Tidak disedari olehnya pada masa itu betapa aku tidak menginginkan walau sehari pun tidak melihat wajahnya. Walau panas tubuh badanku akibat demam, ku masih ingin ke sekolah agar dapat ku berjumpa dengannya. Dialah penawar bagiku.

Mengapakah aku merasakannya indah? Itulah kali pertama dalam hidup ku rasakan keserasian yang tidak perlu di lafazkan. Di kala itu, terasa mudah untuk memahami isi hati masing-masing. Tiada perjanjian untuk menetapkan pertemuan kami dan tiada janji setia untuk mengongkong kami dalam alam percintaan. Kami tidak pernah melafazkan kata cinta. Bagiku, kasih sayang yang ku rasakan sudah cukup untuk ku kenali hati masing-masing.

Pada hari lahirnya, 26hb Oktober 1995, aku ingin menghadiahkan sebuah jam yang bercantum dengan sebuah bingkai gambar. Kerana ku rasakan amat sedikit pemberian itu, aku menggunakan sembilan puluh sembilan tiket bas dan melipatkan menjadi bentuk hati dan satu berwarna kuning memberi makna dia yang istimewa. Lucu bila difikirkan kerana ku menekan tiket bas itu dengan seterika satu persatu agar yang telah dibentuk tidak terlepas dari lipatannya. Lalu ku memasukkan kesemuanya ke dalam kotak bersama dengan hadiahnya.

Jika itu dinamakan cinta, ku akui aku menyintainya. Tidak ku nafikan bahawa perasaan ku terhadapnya tidak akan pernah wujud terhadap insan lain. Bukankah manis dan mudah perhubungan kami?

Ku percaya semua pelajar termasuk guru-guru di sekolah menganggap kami sebagai sepasang kekasih. Namun ia tidak begitu. Kami hanya berkawan. Walaupun kasih sayang dan rindu jelas terpancar diantara kami, ia tetap dirahsiakan dan tidak pernah terlafazkan. Kenyataan itulah yang amat menyakitkan. Bayangkanlah betapa eratnya perhubungan kami namun ku tetap tidak pasti jika dia benar-benar mengasihiku. Ku tidak mengetahui sehingga lapan tahun telah berlalu. Ya… baru kini dia menyatakan dia pernah menyintaiku. Namun apa dayaku kini?

Liana

Izinkan Ku Luah...

Emelkan luahan anda ke kasmaran@singnet.com.sg




Copyright © Kasmaran. All rights reserved.
Liana 2003