![]() |
![]() |
|
Ku Hargai Sekiranya ku lafazkan ucap terima kasih buatmu Ketahuilah olehmu kejujuran erti kata-kata Yang terbit dari jiwa yang amat menghargai Sekiranya ku mengukirkan sekuntum senyuman Ketahuilah olehmu luhurnya kebahagiaan Yang timbul kerana usahamu amat bererti Sekiranya kau saksikan airmata mengalir dipipiku Ketahuilah olehmu sebak dadaku terharu Kerana merasakan keikhlasanmu terhadapku Sekiranya ku hanya diam dan bermenung jauh Ketahuilah olehmu ku asyik memikirkan Segala yang telah kau lakukan buat diri ini Dan ku amat menghargai... Liana |
Izinkan Ku Luah... |
Copyright © Kasmaran. All rights reserved.
Liana 2003