free web hosting | free website | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting



Date Hot Girls

Click Here!





Save Your Money

Click Here!





KISAH CINTA

Ini sebuah kisah cinta
Dari sekuntum bunga sekeping hati
Dua jiwa dalam khayalan
Berat rasa untuk berpisah

Dua dunia satu mimpi
Satu cita dalam satu hati
Terjerat dalam permainan hidup
Terkandas dalam cinta terhalang

Impianku… agar disatukan dengan insan yang ku cintai. Insan yang memahami hati nurani ku. Insan yang menerimaku seadanya. Insan yang menyayangiku juga. Ada yang kata… ‘lebih baik bersama dengan orang yang menyayangi kita dari kita yang menyayangi seseorang itu’. Sekiranya itu benar-benar diterima oleh semua insan, maka setiap insan yang memberi cinta itu akan bahagia dan yang menerima cinta harus mengorbankan cinta mereka. Huh??

Namun ku fahami bahawa menyintai seseorang itu tidak bermakna kita boleh memilikinya. Kekadang sang pencinta terpaksa mengorbankan cintanya demi kebahagiaan orang lain. Mungkin orang lain akan memuji sang pencinta itu kerana pengorbanannya… namun apakah akan ada insan yang bertanyakan tentang hati dan perasaannya yang telah hancur. Adakah sesiapa yang memahami apa yang dirasakan olehnya? Betapa perit jiwa sang pencinta mengorbankan cintanya yang sememangnya muncul tanpa dipaksa.

Ku idamkan kebahagiaan dengan insan yang sudah berpunya. Tiada mungkin ku miliki. Biarpun kasih ini sedalam lautan. Biarpun rindu ini seluas angkasa. Biarpun cinta ini menyala membara. Ku merasakan kepedihan. Hanya Tuhan sahaja yang memahami jiwa ini. Mudah bagi sesiapa sahaja untuk menasihati agar ku melupakanmu. Sayang sekali, jiwa ini bukan sesuatu yang dapat mengubah warna dalam sekelip mata.

Dituruti mati emak, tidak dituruti mati bapa. Apakan daya, diriku juga sudah berpunya. Namun ku terpaksa membuat pilihan. Walaupun ku tidak sanggup berjauhan darimu, sayang, maafkanlah diri ini. Ku takut akan dosa sekiranya meninggalkan suamiku tanpa dia membuat apa-apa kesalahan. Kita harus redha pada suratan Takdir.

Di mataku, kau insan istimewa. Kau mampu membuatku tertawa walaupun ku sedang dalam kesedihan. Semangat dan dorongan yang ku terima darimu tiada dapat ditandingi. Jiwa ini terasa diselimuti kasih mesra mu. Wahai insan tersayang, ketahuilah olehmu bahawa ku benar amat menyayangi mu. Sekiranya kita tidak dapat hidup bersama, ingatlah bahawa setiap waktu bersamamu akan tetap menjadi kenangan manis di dalam hati ini.

Pergilah, kekasih. Pergilah, sayang. Mungkin sudah ditentukan Tuhan antara kita tidak tertulis untuk hidup bersama. Ku doakan agar dirimu bahagia bersama keluarga tersayang.


Mengapa dunia
Kejam pada mereka yang bercinta
Mengapa bercinta
Harus ada saja perpisahan

Kisah cinta berakhir
Dengan penuh ratapan

Kisah cinta berakhir
Dengan penuh harapan
Kisah cinta...

Liana

Ciptaan...

Emelkan ciptaan anda ke kasmaran@singnet.com.sg




Copyright © Kasmaran. All rights reserved.
Liana 2003